Rabu, 11 Februari 2009


Kuala Lumpur, Malaysia.
11, Februari 03, 2009

Kawan-Kawan ku & Pembaca Yang Budiman & Dihormati,
Semoga Anda Hidup Ceria Sepanjang Masa.

Tahniah! Anda telah jumpa buah pelik dan tidak pernah mendengarnya sebelum ini
iaitu Goji (Lycium Barbarum) atau pun payah mencarinya.

Goji atau Lycium Barbarum adalah sejenis tumbuhan semulajadi yang hidup
suburdi daerah Ning Xia Negeri China. Buahnya berwarna merah menjadi makanan sampingan yang utama bagi penduduk Ning Xia. Di daerah ini populasi penduduknya adalah 90% beragama Islam. Rata rata penduduk Islam di sini mempunyai umur yang panjang (purata 80 tahun lebih) dan kehidupan mereka produktif dengan kualiti kesihatan yang begitu tinggi. Rasa hairan bukan ? ataupun kebetulan umur mereka panjang-panjang. Teruskan bacaan anda.

Buah Lycium (Goji) merupakan salah satu sejenis herba yang berasal daripada
Lycium chinese dan Lycium Barbarum, tumbuhan yang biasa boleh di dapati di Asia
Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di
seluruh Asia Timur.

Lycium merupakan famili Solanaccea yang memberikan kita buah-buahan seperti
lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh
masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi,
direkodkan seawal keujudan Chinese materia medica dalam lingkungan 100 A.D. Goji
juga di kenali sebagai Wolfberry di kalangan orang kulit putih atau barat.

Buah beri (goji) ini dikenali juga sebagai wolfberry Cina, beri goji, barbary matrimonyvine, bocksdorn, pokok the Duke of Argyil atau matrimony vine. Nama-nama lain adalah goji Tibetan dan goji Himayalan, kedua-duanya (nama gelaran buah goji) sering diguna dalam memasarkan produk-produk makanan kesihatan.

3 ulasan: