Selasa, 10 Februari 2009

BERIKUT ADALAH CERITA-CERITA DARIPADA BEBERAPA PENDUDUK TETAP DI NINGXIA

Ma Wangshi berusia 121 tahun. Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma Wangshi suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan.



Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr.Lei berusia 103 tahun! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr.Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai amalan memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.


Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun. Penglihatan
mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi,mereka juga
tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti
kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan
buah Goji setiap hari. Wang Hongzhang menjual buah Goji yang
kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana
berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya
telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan